Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM KDB & E-WASTE DI SMK TANAH MERAH 2

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM GROOMING CLASS BERSAMA PENDUDUK GUAL IPOH

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program Grooming class koloberasi Pusat Internet Kuala Paku, Chawas & Belimbing diadakan untuk menarik minat orang ramai untuk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia terutamanya golongan wanita . Program ini dapat mempromosi aktiviti Pi1M dan menambah penyertaan ahli Pi1M. Selain itu, program klik dengan bijak (KDB) dan E-waste juga diadakan...baca selanjutnya

Pertandingan Pingpong anjuran Pi1m Kg Chawas

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Pertandingan PINGPONG ANJURAN PI1M KG CHAWAS ini di adakan untuk menambah lagi jumlah ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Maka, pertandingan ini dirancang kerana permainan pingpong ini sering dimainkan oleh masyarakat setempat.....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti